Tuesday 8 September 2015

NEW SEMESTER

Alhamdulillah, still berpeluang hirup oksigen dengan percuma. Cuba bayangkan kalau setiap oksigen yg kita sedut ni Allah kata kena byr. Tak payah banyaklah, katalah setiap sedutan cuma 1 sen, kali 24 jam sehari, kali lagi 365 hari setahun, kali lagi dengan 21 tahun lebih kita dah hidup. Ha acano tu? Inilah bukti Allah itu Maha Pemurah, sebab semua dapat hirup udara yg sama tak kira agama bangsa pangkat dan lain2. So, pagi2 waktu bangun tidur jangan lupa nak ucap alhamdulillah atas segala nikmat yg tak terkira. Ingat, usia yg kita ada mungkin adalah peluang utk kita tambah lagi pahala. Dan sakit pula adalah nikmat tau. Nikmat utk kita berehat daripada buat dosa maksiat. Begitu juga masa sibuk, nikmat juga tu, bila kita sibuk, takda masa utk fikir benda2 yg melaghakan.

Dah lama jugak tak buat coretan kat blog ni. Dan aku tulis blog ni pun saje je suka2, macam cakap sorang2lah gitu. So minggu ni bermulalah semester 5 aku sebagai seorang undergraduate student kat utm ni. Bermakna masuk tahun ketiga jugak aku kat sini. Rasanya macam baru je semalam register sbg student degree. Tup2 dah habis 2 tahun dah. Ada baki dalam 2 tahun jugak nak graduate. Sebagai mahasiswa of course must always be ready lagi2 mental utk lebih cabaran dlm mengharungi semester baru.

Jadi nak diceritakan masa cuti sem panjang, aku adalah buat review kasar utk sepanjang 2 tahun aku as a degree student. Kisahnya kenapa aku buat review adalah kerana aku risau kenapa prestasi aku makin hari makin menjatuh. So kebetulan mengambil keberkatan bulan Ramadhan, aku mohon ditunjukkan apa yang silapnya dlm diri aku dan mohon jugak supaya diberi kekuatan utk bangkit. Jadi sepanjang cuti aku cuba betulkan balik mana yg aku rasa silap dan harapnya dapat diteruskanlah. Doakanlah semoga aku dpt menghabiskan sisa pengajian kalau tak dengan cemerlang pun, yang terbaiklah. Dia lebih mengetahui kan apa yang patut aku dapat. We do our work, He do His work. Tapi sampai harini, aku masih belum mampu lagi nak berdoa "Ya Allah, kurniakanlah aku keputusan yang setimpal dengan usaha aku" sbb aku pernah dgr sorang sahabat aku dulu nasihat, berusahalah sehabis baik sampai kau mampu utk berdoa macam tu.

So akhir kata, buat sahabat2 seperjuangan yang lain, semoga kita sama2 tanamkan azam baru utk semester yg baru ni dan semiga kita memperoleh kecemerlangan dgn redhaNya.dan ingatlah jugak bahawa kehidupan ni jugak sebuah universiti. Belajar something dan ambil hikmah dari kehidupan kita ni.

Wallahua'lam


Tuesday 23 December 2014

GANTUNG ಠ_ಠ

Assalamualaikum ^.^

So topik kali ni gantung. Hmmm. Musim exam sekarang ni, rasa mcm nak gantung diri pun ada jugak. Rasa mcm 24 jam sehari tu tak cukup. Mana boleh nak mintak lebih sejam dua pulak kan. Kalau boleh mintak lebih pun bukan ada beza sgt pun. So 24 jam tu nak tak nak gunakanlah dengan sebaik2nya. Jauhi segala perkara yang boleh menganggu fokus. Letak phone2 canggih anda tu 1km dari tempat anda nak buat revision. (Eceyhhhh, cakap tak serupa bikin betul lah). Apapehal pun, jgn lah sampai ada rasa nak gantung diri kalau ye pun stress dgn exam kan. Tips nak manage 24 jam yg tuhan kurniakan tu, ingat semula kisah tin biskut hup seng dengan dua cawan kopi dalam entri aku sibuklah.

Tapi ye ye je nak cerita pasal final exam ni?? Ermmm tak jugak. Sebenarnya entri kali ni tercetus dari instagram. Dan niat kali ni nak share view dari aku sendiri. So kalau anda diluar sana tu ada pandangan sendiri, boleh lah share2 jugak. Ceritanya bermula bila aku melihat beberapa org rakan2 post gambar bersama pasangan masing2. Dengan husband, wife, boipren, gefren. Tumpang gembira jugak tengok mereka2 ni sebab dah mula berfikir tentang masa depan berkeluarga. 20 years old beb, bukan muda lagi. Its normal. Aku je yang masih sorang2 tak berputik tak berbuah dari dulu. Never mind, He will show me the right one at the right time O.o

So, something yang datang ke kepala aku seberapa ketika semasa scroll2 insta adalah tentang nikah gantung. Sebab kawan2 aku pun mostly adalah student, jadi bendalah ni lah yang terlintas dalam kepala. Dan ini hanyalah pendapat peribadi semata2. Jika ada nak menyuarakan ketidakpuasan hati bolehlah berbuat demikian.

Kenapa manusia boleh bagi alasan untuk perkara yang halal, tapi tak nak cari alasan untuk perkara yang haram? "Aku masih belajar lagi" "aku belum cukup duit lagi" "mak ayah aku mesti tak bagi punya". Kadang2 aku tergelak dalam hati bila ada rakan aku sendiri diajukan soalan "kau ni couple je, bila nak kahwinnya". Hah, tau pulak ada benda yang menghalang. Dahtu pergi buat jugak benda yang tak boleh tu pasaipa haa kawan?? At least kalau serius pun pegilah bincang dgn parents. Kalau taknak bincang dengan parents tu maknanya belum sampai tahap serius lah tu dan pandai2 lah anda fikir untuk teruskan maksiat itu atau berhenti sekarang.

Bukan apa, aku kadang2 pelik dengan parents yang tak izinkan anak mereka yg still belajar lagi ni utk bernikah. Ya memang aku tak arif pasal perkara ni, tapi peringatan, ni cuma luahan pendapat je. Apa salahnya kalau dinikahkan dulu ataupun dalam islam menyebut nikah khitbah. Kalau tak nak izinkan jugak, ckp kat anak tu, "lupakan dulu buat sementara, langsaikan apa yang kau belum langsaikan sekarang. Kau masih ade satu lagi komitmen yg kau kena penuhi utk mak ayah". Kan senang gitu. Daripada diorang dok couple gitu2 je. Dan dalam pemerhatian aku, kawan aku yang dah masuk 20 an ni biasanya bukan couple mcm zaman sekolah dulu, 2 3 bulan, clash. Biasanya sampai 3 4 tahun. Takpun sampai grad. Kalau 6 tahun baru grad? 6 tahun lah dok couple. Dan dalam 6 tahun tu, mesti selalu nak keluar dating berdua. Dan macam biasa, bila ada dua orang bersama, maka muncullah yang ketiga akan menghasut. Nah, maksiat pulak nanti jadinya. 

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dalam masa sama dapat memupuk kematangan. So pada aku tak salah kalau ada mereka yang di usia muda ni nak bernikah dahulu. At least tak terjebak dalam lembah kemaksiatan. Ya memang, ada sesetengah parents tak dapat menerima, tetapi zaman dahulu dengan sekarang tak sama. Zaman sekarang, senang2 je berita dan fitnah nak tersebar. Bila dah berlaku sesuatu, siapa akan menanggung malu? Sediakan payung sebelum hujan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Dah sampai masa kot utk melakukan anjakan paradigma dan mengubah pemikiran 360 darjah supaya tally dengan peredaran zaman sekarang yang kian pesat membangun. Ada dua pilihan, sama ada nak membiarkan anak2 terus dengan cara hidup sekular dan jahiliah yang menghalalkan perhubungan sebegitu atau membenarkan anak2 melalui alam percintaan yang halal. Maaf atas kekhilafan sepanjang penulisan ini :)

Maas salamah. Jazakallahul khoir. 


Friday 25 July 2014

IFTAR ALUMNI

Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk aku bertemu lagi dengan Ramadhan 1435. Dalam bulan Ramadhan ni lah kita nak kena 'kerja' kuat atau dalam istilah omputihnya 'overtime' untuk dapat 'gaji' lebih. Macam kerja jugak, biasanya majikan2 akan bagi gaji extra 'double' ke ' triple' ke pada pekerja yang buat O.T. Tapi dalam bulan Ramadhan ni, Allah bagi ganjaran yang berganda-ganda bukan setakat double atau triple, pada sesiapa sahaja hambanya yang beribadah dan beramal soleh. Jadi tak perlu la aku nak bajet ustaz pulak kan nak cerita panjang lagi pasal Ramadhan yang bakal pergi beberapa hari je lagi ni. Mudah-mudahan kita sama-sama diberi peluang lagi untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.

19 Julai 2014, 21 Ramadhan 1435. Alhamdulillah perjumpaan Alumni MRSM Tun Dr Ismail atau dulu MRSM Pontian kali pertama berjaya dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Jadi perjumpaan kali ni mengumpulkan student dari batch yang pertama sekali iaitu SPM 2003 sampai ke SPM 2013. Even tak semua pun dtg, tapi seronok jugak ah dapat kenal muka2 super senior, ada yang dah kahwin, ade yang dtg bawak anak, ade yang tengah mengandung, ada yang dah bekerja.  Bagai sirih pulang ke gagang aku tengok diorang bila dapat balik semula ke maktab. Agak segan jugak aku datang sebab aku tak amek SPM kat sini pun, tapi 'ada aku kisah?'. Dalam meeting yang pertama ni, semua ahli sebulat suara telah melantik abang Mus'ab Umair, batch pertama MRSM Pontian sebagai pengerusi. Sebenarnya dia sendiri yg cakap, dia tak berapa setuju bila jadi pengerusi sebab dia bukan duduk Malaysia. Dia sekarang duduk kat New Zealand dan kerja kat sana. Tapi orang dah bagi, dia pun terima jelahhhh.
Aku masih ingat lagi tagline oxford dulu, "this is oxford territory''. Satu benda yang menarik,
setiap kelas dah ade sorang guru kelas dah (tak menarik pun?)
Antara muka-muka yang dulu perangai budak-budak, tapi sekarang dah cantik dah hensem dah

Bekas pelajar dari batch2 lain. Paling seronok tengok 1st batch sebab dah sepuluh tahun
kot tinggalkan maktab, pastu dapat datang semula. Perghhhh

Alumni MRSMTDI

PMR 2009 , SPM 2011

Hehehe. 3 orang budak comel ni lah makhluk yang nangis paling teruk masa aku nak
 pindah MRSMTGB dulu. Finally, after so long :')

Akhirul kalam, semoga semua berjaya mengejar cita-cita dan terus berkhidmat kepada agama, negara dan keluarga. Selamat hari raya, maaf zahir batin :-D

Monday 14 April 2014

LOOKING FORWARD

Dear future life,
   You know it has been many years,
   Since i started looking for you,

   The journey, the road, the path, the pain,
   the wound, the happiness, the sadness,
   Those said to me,
   "Hey! I'll guide you!''
   And really! They guided me to meet you,
   To meet the real you,
 
   Up till now,
   What i've found is only your footsteps,
   Eventhough the journey is not always as i want,
   I hope that He will help me,
   He will show me the true path,
   To meet you,
   My BRIGHT FUTURE LIFE.

Dear future wife,
   Take care of yourself wherever you are,
   Don't worry if things are going bad because it won't last forever,
   And don't be too happy if things are good because it can't last forever either,
 
   I pray that you've prepare yourself for me,
   And me, I'll prepare myself for you,
   When the time comes,
   He will reveal that you are my destiny
 
Dear future kids,
   I imagine that you're going to be really awesome,
   A good leader for yourself,
   A good leader for your 'usrah',
   A good leader for your 'ummah'

   Some of your friends are going to get pregnant before they get married,
   Some of your friends are going to ask you to smoke,
   Some of your friends are going to ask you to hang around,
   I wish you'll always make your wise decision,
   To choose only the good one.

People always have hopes and dreams for their life,
But don't you remember?
There will be another life after this life.

We'll have everything we want,
Allah will grant all our wishes,
But do we deserve for the real reward?
HEAVEN......

Saturday 9 November 2013

"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!"

Apabila hal2 dlm hidup kita bagaikan terlalu sibuk, kerja, kawan2, business, pembelajaran, org tua, dan 24 jam seolah-olah tidak mencukupi untuk kita, ingatlah tin biskut Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang Profesor dalam kelas sosiologinya telah keluarkan beberapa barang dihadapan kelas. Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, Profesor itu terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong dan terus isi tin kosong tersebut dengan bola golf sehingga penuh.

Kemudian Profesor menanyakan pada anak muridnya, " Adakah tin biskut ini sudah penuh?" Kesemua anak muridnya mengangguk dan mengatakan " Ya !"  

Profesor itu kemudian mengambil sekotak kacang dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut itu digoncang sedikit, lalu kacang kacang itu bergerak mengisi ruang di antara bola bola golf. Kemudian, Profesor bertanyakan lagi pada anak muridnya sama ada tin itu sudah penuh atau tak. Anak muridnya terus menjawab " Ya! "

Selepas itu tanpa ditunggu-tunggu, Profesor itu mengambil pulak sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut kedalam tin itu. Sudah semestinya pasir yang halus itu mengisi setiap pelosok dan ruang didalam tin biskut Hup Seng tersebut. Profesor bertanyakan lagi pada anak muridnya sama ada tin itu sudah penuh atau tak. Anak muridnya terus menjawab " Ya! " dengan penuh keyakinan.

Tiba tiba Profesor itu mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja dan menuang semua kopi tersebut di dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak anak muridnya hanya tersenyum dengan perbuatan Profesor mereka.
" Sekarang..." kata Profesor itu dan anak muridnya kembali fokus. 

" Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup kamu semua. Bola bola golf melambangkan perkara-perkara yang paling penting seperti Tuhan, agama, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan minat kamu semua. Ini adalah perkara yang jika kamu kehilangannya, tiadak akan ada benda lain lagi yang tinggal. Dan hidup kamu semua tetap terisi dengan perkara ini. Kacang-kacang pula merupakan hal hal seperti kerja, kereta, rumah dan sebagainya. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara perkara yang lain dalam hidup iaitu perkara-perkara kecil. "

" Kalau kamu semua masukkan pasir dahulu kedalam tin biskut, pasti tidak akan ada ruang untuk kacang kacang ataupun bola- bola golf untuk masuk kedalam tin. Sama seperti hidup kamu, kalau kamu luangkan semua masa dan tenaga kamu pada perkara-perkara kecil sahaja, kamu tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk kamu... "

" Jadi... Tumpukan perhatian kamu kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup kamu. Sembahyang lah berjemaah, kukuhkan ikatan silaturrahim, bermainlah dengan anak-anak, bawa pasangan tercinta kamu keluar berjalan-jalan, luangkan masa bersama awan-kawan dan sebagainya. Pastikan akan ada masa kamu untuk bersihkan rumah, lipat baju, repair kereta, repair lampu rumah, betulkan kerusi dan sebagainya. Jagalah bola bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup kamu. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain itu semua pasir sahaja..."

Tiba tiba seorang pelajar mengangkat tangannya dan bertanya, " Apa maksud kopi? "

Profesor menjawab dengan penuh senyuman,
" Bagus awak tanya. Ia cuma nak menyatakan, tidak kira betapa sibuk pun hidup kamu dalam seharian, pastikan kamu ada masa dan ruang untuk minum kopi bersama kawan kawan.."

*Sekadar perkongsian dan refleksi untuk diri sendiri juga. Salam Maal Hijrah 1435 :)*


Tuesday 24 September 2013

KISAH RAMA-RAMA

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak kongsikan sikit kisah yang telah dikongsikan oleh lecturer statics aku kat UTM, Dr Hishamuddin Alham. Kisahnya  adalah mengenai rama-rama. Bagaimana rama-rama ingin berubah dari beluncas, kemudian menjadi kepompong dan akhirnya menjadi seekor rama-rama yang cantik.


Pernah, suatu masa sekumpulan saintis menjalankan kajian mengenai proses kejadian rama-rama. Mereka  memerhati bagaimana proses seekor rama-rama menghadapi kepayahan untuk keluar dari kepompongnyaaa.


Setelah beberapa ketika lamanya mengalami kepayahan, keterpaksaan dan bergelut untuk keluar dari kepompong, saintis tersebut mengambil keputusan untuk memudahkan usaha rama-rama tersebut.

Saintis itu menggunting sedikit kepompong rama-rama itu bagi membantu sang rama-rama. Dengan mudahnya rama-rama itu memang berjaya keluar dari kepompongnya.

Bagaimanapun tubuh rama-rama itu kelihatan bengkak dan sayapnya juga kelihatan layu dan tidak kembang.

Apa yang seterusnya berlaku? Rama-rama itu telah meneruskan kehidupannya tetapi dalam kedaan cacat seumur hidup tidak boleh terbang.

Perbuatan saintis itu memang suatu usaha yang terpuji. Namun, segala aturan yang Allah tetapkan ada hikmahnya. Disebalik pergelutan rama-rama untuk keluar dari kepompongnya, sejenis cecair akan keluar dari tubuhnya dan cecair itu sebenarnya akan membantu rama-rama menguatkan fizikalnya untuk menjadi seekor rama-rama yang cantik dan sempurna.

Namun tanpa pergelutan itu, rama-rama ini terpaksa menghadapi kepayahan meneruskan baki hidupnya sebagai seekor rama-rama yang cacat. MasyaAllah, begitu indahnya perancangan Allah.

Begitu juga hidup kita sebagai manusia. Sometimes, struggles are exactly what we need in our life. Ada kalanya Allah mendatangkan musibah untuk menguatkan lagi diri kita. Untuk mencapai kejayaan, kepayahan adalah suatu perkara yang mesti kita hadapi dan usaha yang berterusan dan gigih akan mendekatkan lagi kita dengan kejayaan.


"Setiap usaha baik ada halangan, setiap halangan ada pengorbanan, setiap pengorbanan ada kejayaan."

"Berfikirlah dengan rasional, jangan berfikir dengan emosional."

"Perkara yang menyeronokkan selalunya kurang berfaedah."

"Kekuatan sebenar seseorang itu tidak diukur pada kejayaannya mengekalkan kejayaan, sebaliknya pada kejayaan bangun dari kegagalan."

 "Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup.  Orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh."
Luqman al-Hakim


wallahua'lam...


Sunday 15 September 2013

DISINI PUNCAK LETAKNYA

Bismillahirrahmanirrahim.


Finally i am officially the UTM student. I hope UTM there is not just stands for Universiti Teknologi Malaysia,  but also Universiti Tarbiah Malaysia and of course not Universiti Tendang Menendang. To be honest, when i know i got an offer from UTM, my first sense was i just happy because i managed to fulfill my parent's wish, im actually not that happy because i prefer to study at a place that located outside from johor, well, overseas opportunities have missed before, at least i can go out from my own birth and grown up land, Johor, experience the new culture, lifestyle and etc.

But, 2 weeks is more than enough when i really impressed with everything in UTM. Its reputation, its glory, its triumph,  its activities and everything there was really really really motivated me. Today, i feel really grateful, alhamdulillah because im one of the lucky thousands people applying to enter UTM, the most prestigous institution in Malaysia, maybe i can say the place that have produced tremendous engineers. I believe and i confident, i am on the right track. 


The moto have attracted me, and luckily someone also attracted to the moto. He have asked to the the MPM during Minggu Mesra Mahasiswa. Their answer, '' There are probably two tone to cite the moto. Kerana, tuhan untuk manusia. Kerana tuhan, untuk manusia. The right tone was the second one.''

By the way, I have an interesting story to share. Alhamdulillah, I've been selected to receive a scholarship from a well known company in Malaysia, OneSubsea which own by two main oil and gas company in the world, Cameron and Schlumberger. I never have even a single thought in my mind that i manage to pass the interview especially the second interview. The interviewer for the second interview was the senior engineer for the company, Mr. Jeff from United States. Without any experience to talk one by one, face to face, to senior engineer, from US, and i have to speak fully in English ! i dont know how nervous i was at that time. I really dont expect i will be the selected one among 15 candidates, and from 15, they only want to choose 3 people to be sponsored. Alhamdulillah after i completed my 4 years studies, insha Allah, they will provide me a post in the company.

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang

Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Pengajaran penyelidikan
Penulisan perundingan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa 


Lastly, i hope that we can pray for our own success and our friends success. Goodluck to all my friends, my bestfriends from SKPN, SAPN, SMKA Johor Bahru, MRSM Pontian, MRSM Tun Ghafar Baba, UiTM Puncak Alam and others that not in mention :)

Wednesday 17 July 2013

SO, THIS IS MY PATH :D


Yes! Finally! You are here! Hehehe. Alhamdulillah. Surat yang ditunggu-tunggu dah pun sampai. Setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kat kau ye, Zaidi hahahah. So, this is my path, my future, the beginning for my real life. Here, in Universiti Teknologi Malaysia :) And I would like to say goodbye to UiTM. Nampaknya takde dahh UiTMDIHATIKU. Hahahah. And also, congratulations for those who managed to further your studies to degree.  Before that, say alhamdulillah sebab masih ada peluang untuk kita, ada rezeki untuk sambung belajar. 

Emmm tak kisahlah universiti mana punn yang kita dapat, kolej mana pun yang kita pergi, kat IPT mana pun yang kita belajar, yang penting kita pergi sana untuk belajar kan. Eventhough ada sesetengah antara kita yang macam sedih sebab tak dapat universiti yang diidam idamkan, kat mana2 pun kita belajar sama jeee. Yang penting apa yang terniat dalam hati kita. Ada satu hadith kata, sesungguhnya sesuatu perkara tu bergantung kepada niat.... Jadi sebelum masuk sambung belajar tu, betulkan niat kita, ikhlaskan hati in sha Allah, mudah segala urusan sepanjang pembelajaran kita. Lagipun, tak semua orang ditawarkan untuk sambung study. Jadi kita kena bersyukur sangat2. 

Mungkin kita jealous dgn kawan2 kita yang dapat course yang gempak2. Hei! Apakah?? Takkanlahh dgn kawan2 punn nak jealous. Common lahhhh hahaha. Rezeki dia, kita tumpang bahagialahhh, tak salah kan ? :) Hmmm in addition, there are some people, some adult,  orang yang lebih dewasa dari kita lahh senang katakan, they said, "u apa ni kau dapat??! course apa ni kau dapat!!??''... Let them be, it's just their thought, our future is not in their hands right?

So, hai UTM! Heeee :D
11 hb aritu result UPU pun keluar. Time tu aku tengah kerja. Keluar je time break, on nfon, tengok sms, Tahniah! Anda berjaya utk mengikuti prog ijazah di UTM bla bla bla.... Hiak hiak hiak! Dengan secara automatik aku TERmelompat hahahahh. Dan ada sorang cashier ni nampak lalu menggelakkan aku, pompuan pulak tu. Hahahah malu kejap >.<

Course yang ditawarkan kat aku ialah mechanical engineering selama 4 tahun. Mula2, 4 tahun!!?? Mak aih, yeke? Macam tak percaya hahahah. Hmphhh 4 tahun tak lama punn. Kejap je tu kalau nak compare dgn budak medic. An an an? Hehehe. Mechanical engineering, aku rasa ni belum khusus lagi ni, maybe nanti dye bagi kita pilih major apa yang kita nak kot. Dan kat UTM ada beberapa major yang ditawarkan and of course kalau boleh aku pilih major Naval Architecture and Offshore Engineering. 

Nak cerita apa perasaan aku sekarang ni, tak taulahh nak cakap. Its a mixed feeling hahah. Excited ada, takut pun ada. Emmm aku dah dengar cerita dari kawan aku yang dah habis 1 sem degree, dia kata degree ni susah sangat. Erkkkkk. Ahhh ape ade hal, takkan lahhh sebab susah, aku taknak sambung belajar kan? Jadi, doakanlah aku dan kawan2 aku yang lain berjaya menghabiskan degree dgn cemerlangnya. Goodluck untuk semua!!




Friday 10 May 2013

WHAT'S NEXT ??

Assalamualaikum ..

Well well well. The result was here. Hahahah. 


Nothing to be proud of. Just a moderate result. Ini lahh hasil usaha aku selalu stay up, study(kononnya study). 

Heeee.

Anyway, alhamdulillah. Boleh dikatakan, I am satisfied with it. Sebab apa? Sebab aku rasa ini setimpal dengan usaha aku. Yes, you deserve it! Alhamdulillah. Lepas syarat nak mohon biasiswa. Tapi tak lepas nak mohon course yang aku minat. Hmmm terpaksalahh fikir balik course apa yang aku nak. Just congratulations for those who got an excellent result. 


Kalau nak ikut list, first memang aku nak amik oil n gas. But chemistry is still very mysterious for me. Hahah. I got C+. Yayyyy! -,-... Anyway, mohon je oil n gas tu, dapat ke tak dapat, belakang cerita. 


Second list, aku suka mekanikal. Sebab aku suka main dengan mesin. Hahah. Tapi abang aku tak syorkan sebab dye kate penat. Ahh pedulik apee. Hik333. Lagi satu mekanikal ni, memerlukan kemahiran dalam kira-kira, lagi2 menghafal formula. Pappp! Memang kena untuk aku yang memang minat dengan math. Dan, mechanical engineering is also a huge field of career. Bila dah tercebur dalam mekanikal ni, aku still boleh pegi kerja dengan oil n gas jugak, automotif, elektrik. Haaa. Cabang dye besar. 


Hiak Hiak!!


Yang penting sekarang, aku dah tak kisah lahhh mana2 pun aku tercampak untuk sambung study n apa2 course pun yang dapat. Apa yang menerjah kat kepala is to give something back to my parents for their kindness and definitely the preparation for the ''future family'' :D. Belajar betul2 n dapat kerja yang baik. In shaa Allah. aminnn..... fighting !


Eh?? Eh? Baru nak click publish tetiba Bob mesej, roomate tersayang hahah. Tahniah Bob tak kena repeat !