Monday 31 December 2012

Welcome 2013

Pelayaran diteruskan lagi. 2012 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam lagi dan 2013 bakal membuka tirai. Alhamdulillah kapal masih kukuh untuk belayar dilaut yg semakin bergelora walaupun kadang2 rasa hampir bocor. tahun bertambah bermakna umur kau pun semakin bertambah. umur bertambah maknanya kau semakin tua. memang ah, mana ada orang semakin hari semakin muda kan. so, bila umur semakin bertambah, kau kena mula mematangkan pemikiran kau. kalau selama ni, pemikiran kanak2, perangai gila2, lepas ni mungkin kau kena jadi lebih matang. jadi seorang yg dewasa. ingat di, ni bukan zaman sekolah lagi dah. kau dah mula menyusun masa depan kau. dah tak boleh pandang belakang dah. 

ahmad haidhar mohd shahar dan muhammad taufiq izzuddin abd aziz hahahah. kawan baik kau yang selalu buat kerja gila sama2 dengan kau waktu sekolah dulu. kacau budak2 junior lah, memekak kat block junior lah, sweet2 dgn budak junior lah, memekak kat kelas lah, kopek cat2 kat dinding lah, conteng2 meja. haihhhhh tu semua hanya kenangan zaman silam kau. memang seronok kalau perangai gila2 nie dan aku tau kau memang rindu zaman kegelapan tu. tp sekarang kau dah meningkat dewasa, kau kena serius dalam setiap tindakan kau sebab kau dah besar, kau kena fikir masa depan kau. takde siapa yg boleh susun masa depan kau selain diri kau sendiri. sekelam mana atau seburuk mana pun masa silam kau, ingat masa depan kau masih suci.

aku pernah terbaca yg hidup ni cuma ada 3 hari je. hari pertama, iaitu hari2 yang dah lepas. walau apa pun yg kita dah laksanakan dan usahakan, kita takkan sesekali dapat kembali ke masa itu. kedua hari esok. sekalipun kita merancang dengan teliti, tapi ingat sesungguhnya yg menentukan perancangan kita ialah Allah semata-mata. ketiga ialah hari ini. gunalah hari ini sebaik-baiknya, janganlah menangguh kerja, ibadah dan kebaikan kepada-Nya ke hari esok kerana jika hari esok adalah hari terakhir kita, alangkah ruginya.

apa pun yang kau dah lalui dulu, semuanya adalah pelajaran. kau kena ingat hidup ini sebenarnya kau sedang mempelajari sesuatu. mempelajari sesuatu yang kau akan gunakan pada masa akan datang. jangan kau sesekali mengeluh dengan apa yang kau dah lalui dan jangan kau menyesal dengan apa kau dah buat, tapi menyesal dengan apa yang kau belum laksanakan. harap tahun 2013 lebih baik daripada tahun 2012. orang yang hari ini lebih buruk daripada hari2 lepas, maka dia seorang yg amat malang dan celaka
SELAMAT DATANG 2013!


Wednesday 19 December 2012

OH SOUL, WHAT HAPPEN TO YOU???

Dah 3 minggu berakhirnya cuti semester. yeaaaaa! (ape yg yeayyy). Maka bermulalah semula kehidupan sebagai pelajar. Biasalah kalau rasa "ishhh malasnya nak belajar" lepas melalui cuti yg panjang. Momentum2 time sem satu semua entah mana entah dah tertinggal. Few days before sem 1 final examination, punyeelahh smgt, sampai tido pukul 5 pagi. Tu pun ade yang influence ahh, kalau takde, memang tak ah aku nak study sendiri. Terima kasihlahh bnyk2, sbb kau sgt courage aku supaya study yeee ziraa. I am LAZY hahahahh :D BFF till jannah ! :D

YA! Mula2 aku rase memang normal kalau susah nak dapat balik momentum belajar tuu, tp after melalui 3 weeks of studies, i feel likee pfffffttttt -.-''. Apa dah jadi ni?? Masuk lecture, bukak buku, salin ape yg patut, cehhhhh, konon gaya macam paham, tp hakikatnyaaa, urgghhhhhh... ape yang lecturer ajar nie. Ahhhh even dah fokus sehabis2nya dahhh, but still.... krik krik krikkkkk. Tak masuk kepala =='' Soalan tutorial pun hampehhhh tak boleh buat. Padahal math jee punnn, bukan chemist ke physics ke. Hrmm, lastly, copy paste org punye, asalkan siap, tak jd bdk wanted dgn lecturer sbb tak buat tutorial. hahah. 
Satu malam, lepas solat maghrib, bukak tafsir... pappppp! nah amek kau, Allah bagi live, peringatan kat aku tatkala aku cuba memikirkan kenapa. Ada ayat yang menyentap jiwa aku. pehhh. Direct in front the face, peringatan datang. Duduk atas katil jap, termenung. Oooo... aku terpikir, mungkin selama nie, aku cari tuhan time2 susah je macam time exam. Mase musim periksa jee solat terjaga, solat pd awal waktu, selalu berdoa. Masa cuti kat rumah, subuh takleh nak citer bape kali terlajakkk -.-'' langsung tak ingat kat Dia.. Mungkin sebab tu bintik2 hitam memenuhi jiwa dan susah nak terima ilmu. 

 Recall balik, the same thing happen time SPM dulu. Duduk kat surau lepas subuh, dgar tazkirah jap dari Haji Neezam, presiden badar kitorang. Pastu bukak yasin, bace tafsirnya, serta merta air mata keluar mencurah tanak berhenti, teresak2 sorang2. Tak sangka aku boleh nangis sampai cenggitu sekali. Sebab terpikirkan benda sama, nak dekat SPM, bile menghadapi kesukaran, baru aku cari tuhan. Bila gembira, quran punn tak pandang. Lepas peristiwa tu , apa yang aku belajar semua jadi senang, nak hafal, nak faham, nak ajar org. Alhamdulillah... SPM dpt straight A's.

Mungkin memang hati dah penuh dgn bintik2 hitam. Jadi next, apa yg perlu dilakukan ialah dengan membersihkan hati ni semula supaya tenang dan mudah menerima ilmu serta hidayah. 1. dirikan solat dan berdoa agar dibersihkan hati ini. 2. bnykkan membaca al- Quran. 3. sentiasa memaafi kwn2. 4. be optimistic. 5. selalu ingat mati. dan last sekali, benda yg memang selalu student akan buat, berpuasa. Selain dapat berjimat, dapat gakkk pahala :D

Inshaa Allah, tahun baru lebih kurang dua minggu lagi, azam baru, jiwa baru, semangat baru walaupun 1 muharram dah sebulan berlalu, tp 1 januari punnn tahun baru gakkk ngehhh333 :D





Wednesday 21 November 2012

MEMORIES :D

    dah masuk 3 tahun aku meninggalkan mrsm pontian selepas dapat tawaran pergi mrsm tgb yg kononnya gah tu. hahah. org cakap dpt masuk tgb budak pandai, tp sebenanya tak ponn, nasib je dapat tawaran tu.  aku ingat lagi 21 februari 2007 aku mendaftar kat mrsm pontian. first time masuk, wooo aku dah nak jadi budak mrsm!! hahah. zaman kanak2. mase mule2 belaja aku tak paham ponn macam mana sistem mrsm ni, course work lahh, presentation lahh, plbs lahh. macam2. sepanjang kat mrsm aku tak penah nak tau ponn berapa markah course work aku hahah malas nak amek tau. 

pejam celik pejam celik, dekat 3 tahun kat mrsm pontian tu. thun 2009, tahun mengerikan begi budak2 form 3 dan tahun yang mengerikan bg dak2 form 3 mrsm pontian kalau diingat kembali. aku ingat lagi kita dipanggil berkumpul kat dewan, kena attack dgn USTAZ ABDUL JAWWAD. abes je sesi soal menyoal daripada beliau, cikgu2 pergi meninggalkan kita begitu sahaja, tanpa menoleh ke belakang. dak2 pompuan menangis, dak2 lelaki ade yang masih gelak2 hahahah apepontakboleh. lepastu, terpampang kat staff room sehelai kertas A4 putih tertulis diatasnya dengan marker merah PELAJAR FORM 3 DIHARAMKAN MASUK !!. pehhhh, sume dah rase macam ape pon tak tau lahh time tu kan. tp still ade beberapa org cikgu yang sempoi masih back up kita kan macam CIKGU HAMID. HAHAHAH. aku ingat lagi satu malam lepas isyak kita kumpul kat surau bincang ape yang kita nak buat sebelum pmr sebagai cover kesalahan2 kita, even dah bnyk kali UAJ ingatkan kita pasal bende tu, tp dah last2 minit baru kita nak buat kan? pastu tetibe siape ntah yang bg idea untuk membasuh wakaf tu, tak bernas langsung idea mamat tu. ''weh! ok ar gakk ade bg idea'' hahahah. 

tp alhamdulillah kita dapat baik semula dgn cikgu2 sebelum pmr start 7 oktober  2009 tak silap aku. kan3?? dan prediction UAJ tentang rangking kita memang betul ek, nombor 14. hahah. nie ade beberapa RARE COLLECTION dari aku, aku bongkar thumbdrive aku terjumpe pulak gmbr2 time MIGTY programme nie hehehe. ade bnyk lagi sebenanyaa. hahah






semoga semua berjaya mencapai ape yang dikehendaki dan mendapat keredhaanNya. In Shaa Allah.

last word dari aku: in life, there will always have two path. the first path is the one that you have to do, the second path is the one that you want to do. always choose the second path. 

Sunday 18 November 2012

MENCARI JALAN KEMBALI


Berubah, kenapa terlalu sukar? Kekadang itulah persoalan yang bermain-main difikiran dan minda kita. Ia bagaikan sesuatu yang menggugah dan mengganggu perasaan semua insan. Kenapa semua insan?
Kerana, perubahan itu suatu fitrah. Semua manusia yang normal akan lalui, tempuhi dan alami sebarang perubahan dalam kehidupan mereka. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau mereka terpaksa melalui atas faktor-faktor tertentu. Saya selalu mengulangi kata-kata ini apabila ditanyakan tentang perubahan :
“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”
Ya. Amat terseksa jiwa jika terpaksa melalui perubahan kerana terpaksa.
Namun, perasaan bahagia akan menyimbah seluruh relung rasa apabila melalui perubahan dengan kesedaran yang jelas dan nyata kerana Allah SWT. Itu sebenarnya, hakikat perubahan yang kita dambakan.
Sedikit perkongsian tentang langkah “mudah” untuk berubah bagi mereka-mereka yang benar-benar berhasrat, berhajat dan ingin “sesuatu” yang baru dalam fasa kehidupan mereka. Moga sinar harapan dan perubahan itu hadiri tanpa paksa!
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.”

( Ar Ra’du 13 : 11)
Apa langkah-langkah itu? Ayuh kita semak sepintas lalu :

(1) Benar-benar mengenali diri
Ya. Kenal diri sendiri. Inilah titik asas kepada segala perubahan. Manusia yang gagal mengenali sedalam-dalamnya diri mereka, adalah manusia yang paling malang dan rugi sepanjang kehidupan mereka.
Kenal di sini, bermaksud tahu siapa dirinya? Benar-benar arif tujuan kehidupannya. Maka, berasas kepada inilah mereka akan sentiasa menilai akan kekuatan, kelemahan, kekurangan dan keaibaan diri untuk dirawati, dikikis dan dipertingkatkan.
Benarlah kata murabbi saya :
“ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”
Siapakah diri aku? Who Am I? Man Ana?
Ia adalah persoalan-persoalan yang mampu dijawab dengan lantang, jelas dan nyata tanpa sedikit pun keraguan dan sebarang syak wasangka!

(2) Benar-benar ingin berubah tanpa paksa!
Berubah akan menjadi sangat berharga apabila ia kekal lama, istiqamah dan sentiasa memberikan suatu nilai kepada kita.
Perubahan hangat-hangat tahi ayam, atau suam-suam sejuk adalah perubahan yang sungguh mengaibkan. Ia suatu permainan yang melemahkan jiwa dan tiada unsur perjuangan yang sejati di dalamnya.
Selalunya, perubahan sebegini adalah perubahan yang bukan daripada hati dan jiwa. Malah, ianya terjadi kerana “terpaksa”, didorongi suasana yang ada dan terjadi tanpa sedar. Terikut-ikut dengan rakan sebaya, hanya berubah apabila ada “orang” yang suruh dan sebagainya adalah suatu daya perubahan yang tidak bersifat kekal.
Justeru, untuk berubah kita perlukan sesuatu yang kuat, utuh dan bertenaga. Itulah yang dinamakan kesedaran untuk berubah!

(3) Benar-benar punyai kesedaran yang bersih
Kesedaran adalah asas utama kepada perubahan. Kesedaran juga adalah suatu pemberian, hidayah dan nikmat daripada Allah SWT buat hamba-hamba-Nya yang terpilih.
Ia hadir daripada hati dan jiwa yang bersih lagi jernih. Ia terbentuk dengan tadahan doa, rintihan munajat dan semburan air mata keinsafan terhadap Allah SWT. Dalam bahasa arab, para ulama menyebutnya sebagai taubat nasuha. Ertinya kembali kepada Allah SWT dengan hakikat pengembalian yang sebenarnya. Kesedaran ini ada prasyaratnya, apakah ia?
(a)   Hentikan segala kemungkaran dan maksiat serta merta. On the spot!
(b)   Mesti menyesal bersungguh-sungguh!
(c)    Berazam penuh tekad untuk tidak kembali kepada perbuatan dosa.
Jika inilah bentuk kesedaran yang lahir daripada dalaman kita, yakinlah perubahan itu akan memacu kepada suatu kehidupan yang hidup, bergerak dan penuh makna!

(4) Benar-benar bersungguh-sungguh untuk berubah
Bersungguh-sungguh.
Dalam erti dan maknanya, tiada istilah main-main. Tiada perkataan cuba-cuba atau tangguh-tangguh. Apabila kita menyatakan ingin berubah. Ya. Aku berubah.
Tiada lagi, perkataan :
“ Aku akan berubah!.”
“Aku cuba untuk berubah.”
“ Aku nak berubah.”

Tidak. Katakan terus secara serta merta dengan tekad, azam dan semangat yang membara :
“ Aku berubah!.”
“ Berubah sekarang!.”

Ia bukannya sesuatu yang dibuat-buat, boleh diolok-olokan, dilakon-lakonkan atau ditiru-tiru. Jika hendak berubah, lakukan sekarang tanpa bertangguh!

(5) Benar-benar sanggup membayar harga sebuah perubahan
Sedar atau tidak, semua manusia – saya, anda dan mereka – hajatkan kepada perubahan tetapi tidak sanggup untuk membayar harganya. Harga bagi sebuah perubahan adalah pengorbanan, kesukaran dan kepayahan.
Kita sentiasa harapkan perubahan yang bersifat “instant” , segera dan mudah – sedangkan perubahan tidak semudah yang kita angan-angankan.
Murabbi saya juga selalu mengulangi kata-kata ini :
“ Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi. Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Setiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya. Kejayaan tidak akan diraih dengan kesenangan,mahupun kenikmatan. Ini kerana kedua-dua itu hanya akan datang selepas keperitan, kesusahan dan kesengsaran.”
Justeru, jika berbicara soal perubahan – kita juga perlu bersedia untuk berbicara dan sanggup melalui sebuah pengorbanan.
“Usah berbicara soal perubahan, jika takut menghadapi dunia pengorbanan!.”

Penutup : Ah, mudahnya menulis tentang perubahan!
Itulah yang sedang saya lalui, mudahkan menulis tentang perubahan? Apatah lagi membacanya. Duduk di atas kerusi, dan melayarinya melalui dunia maya.
Ya. Sememangnya mudah. Ia tidak akan terjadi dan terbumi kecuali suatu tindakan. Apakah ia?
Bergerak!
Nah, mulakan sekarang dan terus bergerak memacu perubahan. Dan, yang paling utamanya ia bermula dengan diri kita sendiri!
—–
Tidak pernah menyerah kalah + Terus-menerus beristiqamah = Itulah kunci untuk kuat dalam  berubah
 *dipetik dari http://langitilahi.com/10917*

WANNA BE THERE

i wanna be there, seriously! kalau dimurahkan rezeki



ni gmbr2 bapak aku amek, wahhh tak sangka, bapak aku power gak berfotografi ni ek. hahahah

Friday 26 October 2012

suatu hari di hari raya

nak cerita rasa rindu tu memang susah. awal2 cuti sem aku bermula, aku balik rumah, pehhh kosong, sunyi jee. huhu. beberapa hari dok rumah, satu pagi tu aku dengar pulak suara mak aku kejut aku. hahah. tak boleh blah. kalau dok basuh baju, jemur baju kat belakang rumah, ingat kat mak.

sehari sebelum raya haji, aku jemur baju, nampak abang mat(sepupu aku) rebus burasak kat rumah dye, ingat kat abah. huhu :')

pagi raya pulak kat surau, sebelum tahlil, pak sam(jiran aku) lead takbir, ingat kat abah,berair kelopak mata aku, nasib baik tak menitis kat situ. hahah. maklumlah, biasanya yang lead takbir raya kat surau, abah. 1433 hijrah, pertama kali aku sambut raya tanpa mak abah. walaupun cuma hari raya haji, tapi rasa sunyi tu tetap ada. tp takpe, aku paham, mak abah pergi menunaikan rukun islam. moga2 segala ibadah mak abah di tanah suci diterima Allah. InsyaAllah....

semoga ibadah mak abah di tanah suci diterima dan pulang dengan selamat. amiinnn ~

Sunday 23 September 2012

saya perlukan bantuann!!!

exam kat u ni lain dari yang lain. aku rase, perasaan cuak cenggini tak penah aku rasa. even time spm n pmr ponn takde rase cenggini. apetah lagi time upsr annn. hahahhh. aku harap result aku mencapai target yang aku nak lahh. goodluck kpada semua classmate aku! harap semua dapat result yang memberangsangkan. InsyaAllah :D
fuhh.. nasib baik aku tak jadi macam ni