Tuesday 8 September 2015

NEW SEMESTER

Alhamdulillah, still berpeluang hirup oksigen dengan percuma. Cuba bayangkan kalau setiap oksigen yg kita sedut ni Allah kata kena byr. Tak payah banyaklah, katalah setiap sedutan cuma 1 sen, kali 24 jam sehari, kali lagi 365 hari setahun, kali lagi dengan 21 tahun lebih kita dah hidup. Ha acano tu? Inilah bukti Allah itu Maha Pemurah, sebab semua dapat hirup udara yg sama tak kira agama bangsa pangkat dan lain2. So, pagi2 waktu bangun tidur jangan lupa nak ucap alhamdulillah atas segala nikmat yg tak terkira. Ingat, usia yg kita ada mungkin adalah peluang utk kita tambah lagi pahala. Dan sakit pula adalah nikmat tau. Nikmat utk kita berehat daripada buat dosa maksiat. Begitu juga masa sibuk, nikmat juga tu, bila kita sibuk, takda masa utk fikir benda2 yg melaghakan.

Dah lama jugak tak buat coretan kat blog ni. Dan aku tulis blog ni pun saje je suka2, macam cakap sorang2lah gitu. So minggu ni bermulalah semester 5 aku sebagai seorang undergraduate student kat utm ni. Bermakna masuk tahun ketiga jugak aku kat sini. Rasanya macam baru je semalam register sbg student degree. Tup2 dah habis 2 tahun dah. Ada baki dalam 2 tahun jugak nak graduate. Sebagai mahasiswa of course must always be ready lagi2 mental utk lebih cabaran dlm mengharungi semester baru.

Jadi nak diceritakan masa cuti sem panjang, aku adalah buat review kasar utk sepanjang 2 tahun aku as a degree student. Kisahnya kenapa aku buat review adalah kerana aku risau kenapa prestasi aku makin hari makin menjatuh. So kebetulan mengambil keberkatan bulan Ramadhan, aku mohon ditunjukkan apa yang silapnya dlm diri aku dan mohon jugak supaya diberi kekuatan utk bangkit. Jadi sepanjang cuti aku cuba betulkan balik mana yg aku rasa silap dan harapnya dapat diteruskanlah. Doakanlah semoga aku dpt menghabiskan sisa pengajian kalau tak dengan cemerlang pun, yang terbaiklah. Dia lebih mengetahui kan apa yang patut aku dapat. We do our work, He do His work. Tapi sampai harini, aku masih belum mampu lagi nak berdoa "Ya Allah, kurniakanlah aku keputusan yang setimpal dengan usaha aku" sbb aku pernah dgr sorang sahabat aku dulu nasihat, berusahalah sehabis baik sampai kau mampu utk berdoa macam tu.

So akhir kata, buat sahabat2 seperjuangan yang lain, semoga kita sama2 tanamkan azam baru utk semester yg baru ni dan semiga kita memperoleh kecemerlangan dgn redhaNya.dan ingatlah jugak bahawa kehidupan ni jugak sebuah universiti. Belajar something dan ambil hikmah dari kehidupan kita ni.

Wallahua'lam