Monday 31 December 2012

Welcome 2013

Pelayaran diteruskan lagi. 2012 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam lagi dan 2013 bakal membuka tirai. Alhamdulillah kapal masih kukuh untuk belayar dilaut yg semakin bergelora walaupun kadang2 rasa hampir bocor. tahun bertambah bermakna umur kau pun semakin bertambah. umur bertambah maknanya kau semakin tua. memang ah, mana ada orang semakin hari semakin muda kan. so, bila umur semakin bertambah, kau kena mula mematangkan pemikiran kau. kalau selama ni, pemikiran kanak2, perangai gila2, lepas ni mungkin kau kena jadi lebih matang. jadi seorang yg dewasa. ingat di, ni bukan zaman sekolah lagi dah. kau dah mula menyusun masa depan kau. dah tak boleh pandang belakang dah. 

ahmad haidhar mohd shahar dan muhammad taufiq izzuddin abd aziz hahahah. kawan baik kau yang selalu buat kerja gila sama2 dengan kau waktu sekolah dulu. kacau budak2 junior lah, memekak kat block junior lah, sweet2 dgn budak junior lah, memekak kat kelas lah, kopek cat2 kat dinding lah, conteng2 meja. haihhhhh tu semua hanya kenangan zaman silam kau. memang seronok kalau perangai gila2 nie dan aku tau kau memang rindu zaman kegelapan tu. tp sekarang kau dah meningkat dewasa, kau kena serius dalam setiap tindakan kau sebab kau dah besar, kau kena fikir masa depan kau. takde siapa yg boleh susun masa depan kau selain diri kau sendiri. sekelam mana atau seburuk mana pun masa silam kau, ingat masa depan kau masih suci.

aku pernah terbaca yg hidup ni cuma ada 3 hari je. hari pertama, iaitu hari2 yang dah lepas. walau apa pun yg kita dah laksanakan dan usahakan, kita takkan sesekali dapat kembali ke masa itu. kedua hari esok. sekalipun kita merancang dengan teliti, tapi ingat sesungguhnya yg menentukan perancangan kita ialah Allah semata-mata. ketiga ialah hari ini. gunalah hari ini sebaik-baiknya, janganlah menangguh kerja, ibadah dan kebaikan kepada-Nya ke hari esok kerana jika hari esok adalah hari terakhir kita, alangkah ruginya.

apa pun yang kau dah lalui dulu, semuanya adalah pelajaran. kau kena ingat hidup ini sebenarnya kau sedang mempelajari sesuatu. mempelajari sesuatu yang kau akan gunakan pada masa akan datang. jangan kau sesekali mengeluh dengan apa yang kau dah lalui dan jangan kau menyesal dengan apa kau dah buat, tapi menyesal dengan apa yang kau belum laksanakan. harap tahun 2013 lebih baik daripada tahun 2012. orang yang hari ini lebih buruk daripada hari2 lepas, maka dia seorang yg amat malang dan celaka
SELAMAT DATANG 2013!


Wednesday 19 December 2012

OH SOUL, WHAT HAPPEN TO YOU???

Dah 3 minggu berakhirnya cuti semester. yeaaaaa! (ape yg yeayyy). Maka bermulalah semula kehidupan sebagai pelajar. Biasalah kalau rasa "ishhh malasnya nak belajar" lepas melalui cuti yg panjang. Momentum2 time sem satu semua entah mana entah dah tertinggal. Few days before sem 1 final examination, punyeelahh smgt, sampai tido pukul 5 pagi. Tu pun ade yang influence ahh, kalau takde, memang tak ah aku nak study sendiri. Terima kasihlahh bnyk2, sbb kau sgt courage aku supaya study yeee ziraa. I am LAZY hahahahh :D BFF till jannah ! :D

YA! Mula2 aku rase memang normal kalau susah nak dapat balik momentum belajar tuu, tp after melalui 3 weeks of studies, i feel likee pfffffttttt -.-''. Apa dah jadi ni?? Masuk lecture, bukak buku, salin ape yg patut, cehhhhh, konon gaya macam paham, tp hakikatnyaaa, urgghhhhhh... ape yang lecturer ajar nie. Ahhhh even dah fokus sehabis2nya dahhh, but still.... krik krik krikkkkk. Tak masuk kepala =='' Soalan tutorial pun hampehhhh tak boleh buat. Padahal math jee punnn, bukan chemist ke physics ke. Hrmm, lastly, copy paste org punye, asalkan siap, tak jd bdk wanted dgn lecturer sbb tak buat tutorial. hahah. 
Satu malam, lepas solat maghrib, bukak tafsir... pappppp! nah amek kau, Allah bagi live, peringatan kat aku tatkala aku cuba memikirkan kenapa. Ada ayat yang menyentap jiwa aku. pehhh. Direct in front the face, peringatan datang. Duduk atas katil jap, termenung. Oooo... aku terpikir, mungkin selama nie, aku cari tuhan time2 susah je macam time exam. Mase musim periksa jee solat terjaga, solat pd awal waktu, selalu berdoa. Masa cuti kat rumah, subuh takleh nak citer bape kali terlajakkk -.-'' langsung tak ingat kat Dia.. Mungkin sebab tu bintik2 hitam memenuhi jiwa dan susah nak terima ilmu. 

 Recall balik, the same thing happen time SPM dulu. Duduk kat surau lepas subuh, dgar tazkirah jap dari Haji Neezam, presiden badar kitorang. Pastu bukak yasin, bace tafsirnya, serta merta air mata keluar mencurah tanak berhenti, teresak2 sorang2. Tak sangka aku boleh nangis sampai cenggitu sekali. Sebab terpikirkan benda sama, nak dekat SPM, bile menghadapi kesukaran, baru aku cari tuhan. Bila gembira, quran punn tak pandang. Lepas peristiwa tu , apa yang aku belajar semua jadi senang, nak hafal, nak faham, nak ajar org. Alhamdulillah... SPM dpt straight A's.

Mungkin memang hati dah penuh dgn bintik2 hitam. Jadi next, apa yg perlu dilakukan ialah dengan membersihkan hati ni semula supaya tenang dan mudah menerima ilmu serta hidayah. 1. dirikan solat dan berdoa agar dibersihkan hati ini. 2. bnykkan membaca al- Quran. 3. sentiasa memaafi kwn2. 4. be optimistic. 5. selalu ingat mati. dan last sekali, benda yg memang selalu student akan buat, berpuasa. Selain dapat berjimat, dapat gakkk pahala :D

Inshaa Allah, tahun baru lebih kurang dua minggu lagi, azam baru, jiwa baru, semangat baru walaupun 1 muharram dah sebulan berlalu, tp 1 januari punnn tahun baru gakkk ngehhh333 :D