Friday 25 July 2014

IFTAR ALUMNI

Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk aku bertemu lagi dengan Ramadhan 1435. Dalam bulan Ramadhan ni lah kita nak kena 'kerja' kuat atau dalam istilah omputihnya 'overtime' untuk dapat 'gaji' lebih. Macam kerja jugak, biasanya majikan2 akan bagi gaji extra 'double' ke ' triple' ke pada pekerja yang buat O.T. Tapi dalam bulan Ramadhan ni, Allah bagi ganjaran yang berganda-ganda bukan setakat double atau triple, pada sesiapa sahaja hambanya yang beribadah dan beramal soleh. Jadi tak perlu la aku nak bajet ustaz pulak kan nak cerita panjang lagi pasal Ramadhan yang bakal pergi beberapa hari je lagi ni. Mudah-mudahan kita sama-sama diberi peluang lagi untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.

19 Julai 2014, 21 Ramadhan 1435. Alhamdulillah perjumpaan Alumni MRSM Tun Dr Ismail atau dulu MRSM Pontian kali pertama berjaya dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Jadi perjumpaan kali ni mengumpulkan student dari batch yang pertama sekali iaitu SPM 2003 sampai ke SPM 2013. Even tak semua pun dtg, tapi seronok jugak ah dapat kenal muka2 super senior, ada yang dah kahwin, ade yang dtg bawak anak, ade yang tengah mengandung, ada yang dah bekerja.  Bagai sirih pulang ke gagang aku tengok diorang bila dapat balik semula ke maktab. Agak segan jugak aku datang sebab aku tak amek SPM kat sini pun, tapi 'ada aku kisah?'. Dalam meeting yang pertama ni, semua ahli sebulat suara telah melantik abang Mus'ab Umair, batch pertama MRSM Pontian sebagai pengerusi. Sebenarnya dia sendiri yg cakap, dia tak berapa setuju bila jadi pengerusi sebab dia bukan duduk Malaysia. Dia sekarang duduk kat New Zealand dan kerja kat sana. Tapi orang dah bagi, dia pun terima jelahhhh.
Aku masih ingat lagi tagline oxford dulu, "this is oxford territory''. Satu benda yang menarik,
setiap kelas dah ade sorang guru kelas dah (tak menarik pun?)
Antara muka-muka yang dulu perangai budak-budak, tapi sekarang dah cantik dah hensem dah

Bekas pelajar dari batch2 lain. Paling seronok tengok 1st batch sebab dah sepuluh tahun
kot tinggalkan maktab, pastu dapat datang semula. Perghhhh

Alumni MRSMTDI

PMR 2009 , SPM 2011

Hehehe. 3 orang budak comel ni lah makhluk yang nangis paling teruk masa aku nak
 pindah MRSMTGB dulu. Finally, after so long :')

Akhirul kalam, semoga semua berjaya mengejar cita-cita dan terus berkhidmat kepada agama, negara dan keluarga. Selamat hari raya, maaf zahir batin :-D