Monday, 31 December 2012

Welcome 2013

Pelayaran diteruskan lagi. 2012 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam lagi dan 2013 bakal membuka tirai. Alhamdulillah kapal masih kukuh untuk belayar dilaut yg semakin bergelora walaupun kadang2 rasa hampir bocor. tahun bertambah bermakna umur kau pun semakin bertambah. umur bertambah maknanya kau semakin tua. memang ah, mana ada orang semakin hari semakin muda kan. so, bila umur semakin bertambah, kau kena mula mematangkan pemikiran kau. kalau selama ni, pemikiran kanak2, perangai gila2, lepas ni mungkin kau kena jadi lebih matang. jadi seorang yg dewasa. ingat di, ni bukan zaman sekolah lagi dah. kau dah mula menyusun masa depan kau. dah tak boleh pandang belakang dah. 

ahmad haidhar mohd shahar dan muhammad taufiq izzuddin abd aziz hahahah. kawan baik kau yang selalu buat kerja gila sama2 dengan kau waktu sekolah dulu. kacau budak2 junior lah, memekak kat block junior lah, sweet2 dgn budak junior lah, memekak kat kelas lah, kopek cat2 kat dinding lah, conteng2 meja. haihhhhh tu semua hanya kenangan zaman silam kau. memang seronok kalau perangai gila2 nie dan aku tau kau memang rindu zaman kegelapan tu. tp sekarang kau dah meningkat dewasa, kau kena serius dalam setiap tindakan kau sebab kau dah besar, kau kena fikir masa depan kau. takde siapa yg boleh susun masa depan kau selain diri kau sendiri. sekelam mana atau seburuk mana pun masa silam kau, ingat masa depan kau masih suci.

aku pernah terbaca yg hidup ni cuma ada 3 hari je. hari pertama, iaitu hari2 yang dah lepas. walau apa pun yg kita dah laksanakan dan usahakan, kita takkan sesekali dapat kembali ke masa itu. kedua hari esok. sekalipun kita merancang dengan teliti, tapi ingat sesungguhnya yg menentukan perancangan kita ialah Allah semata-mata. ketiga ialah hari ini. gunalah hari ini sebaik-baiknya, janganlah menangguh kerja, ibadah dan kebaikan kepada-Nya ke hari esok kerana jika hari esok adalah hari terakhir kita, alangkah ruginya.

apa pun yang kau dah lalui dulu, semuanya adalah pelajaran. kau kena ingat hidup ini sebenarnya kau sedang mempelajari sesuatu. mempelajari sesuatu yang kau akan gunakan pada masa akan datang. jangan kau sesekali mengeluh dengan apa yang kau dah lalui dan jangan kau menyesal dengan apa kau dah buat, tapi menyesal dengan apa yang kau belum laksanakan. harap tahun 2013 lebih baik daripada tahun 2012. orang yang hari ini lebih buruk daripada hari2 lepas, maka dia seorang yg amat malang dan celaka
SELAMAT DATANG 2013!


No comments:

Post a Comment