Tuesday 23 December 2014

GANTUNG ಠ_ಠ

Assalamualaikum ^.^

So topik kali ni gantung. Hmmm. Musim exam sekarang ni, rasa mcm nak gantung diri pun ada jugak. Rasa mcm 24 jam sehari tu tak cukup. Mana boleh nak mintak lebih sejam dua pulak kan. Kalau boleh mintak lebih pun bukan ada beza sgt pun. So 24 jam tu nak tak nak gunakanlah dengan sebaik2nya. Jauhi segala perkara yang boleh menganggu fokus. Letak phone2 canggih anda tu 1km dari tempat anda nak buat revision. (Eceyhhhh, cakap tak serupa bikin betul lah). Apapehal pun, jgn lah sampai ada rasa nak gantung diri kalau ye pun stress dgn exam kan. Tips nak manage 24 jam yg tuhan kurniakan tu, ingat semula kisah tin biskut hup seng dengan dua cawan kopi dalam entri aku sibuklah.

Tapi ye ye je nak cerita pasal final exam ni?? Ermmm tak jugak. Sebenarnya entri kali ni tercetus dari instagram. Dan niat kali ni nak share view dari aku sendiri. So kalau anda diluar sana tu ada pandangan sendiri, boleh lah share2 jugak. Ceritanya bermula bila aku melihat beberapa org rakan2 post gambar bersama pasangan masing2. Dengan husband, wife, boipren, gefren. Tumpang gembira jugak tengok mereka2 ni sebab dah mula berfikir tentang masa depan berkeluarga. 20 years old beb, bukan muda lagi. Its normal. Aku je yang masih sorang2 tak berputik tak berbuah dari dulu. Never mind, He will show me the right one at the right time O.o

So, something yang datang ke kepala aku seberapa ketika semasa scroll2 insta adalah tentang nikah gantung. Sebab kawan2 aku pun mostly adalah student, jadi bendalah ni lah yang terlintas dalam kepala. Dan ini hanyalah pendapat peribadi semata2. Jika ada nak menyuarakan ketidakpuasan hati bolehlah berbuat demikian.

Kenapa manusia boleh bagi alasan untuk perkara yang halal, tapi tak nak cari alasan untuk perkara yang haram? "Aku masih belajar lagi" "aku belum cukup duit lagi" "mak ayah aku mesti tak bagi punya". Kadang2 aku tergelak dalam hati bila ada rakan aku sendiri diajukan soalan "kau ni couple je, bila nak kahwinnya". Hah, tau pulak ada benda yang menghalang. Dahtu pergi buat jugak benda yang tak boleh tu pasaipa haa kawan?? At least kalau serius pun pegilah bincang dgn parents. Kalau taknak bincang dengan parents tu maknanya belum sampai tahap serius lah tu dan pandai2 lah anda fikir untuk teruskan maksiat itu atau berhenti sekarang.

Bukan apa, aku kadang2 pelik dengan parents yang tak izinkan anak mereka yg still belajar lagi ni utk bernikah. Ya memang aku tak arif pasal perkara ni, tapi peringatan, ni cuma luahan pendapat je. Apa salahnya kalau dinikahkan dulu ataupun dalam islam menyebut nikah khitbah. Kalau tak nak izinkan jugak, ckp kat anak tu, "lupakan dulu buat sementara, langsaikan apa yang kau belum langsaikan sekarang. Kau masih ade satu lagi komitmen yg kau kena penuhi utk mak ayah". Kan senang gitu. Daripada diorang dok couple gitu2 je. Dan dalam pemerhatian aku, kawan aku yang dah masuk 20 an ni biasanya bukan couple mcm zaman sekolah dulu, 2 3 bulan, clash. Biasanya sampai 3 4 tahun. Takpun sampai grad. Kalau 6 tahun baru grad? 6 tahun lah dok couple. Dan dalam 6 tahun tu, mesti selalu nak keluar dating berdua. Dan macam biasa, bila ada dua orang bersama, maka muncullah yang ketiga akan menghasut. Nah, maksiat pulak nanti jadinya. 

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dalam masa sama dapat memupuk kematangan. So pada aku tak salah kalau ada mereka yang di usia muda ni nak bernikah dahulu. At least tak terjebak dalam lembah kemaksiatan. Ya memang, ada sesetengah parents tak dapat menerima, tetapi zaman dahulu dengan sekarang tak sama. Zaman sekarang, senang2 je berita dan fitnah nak tersebar. Bila dah berlaku sesuatu, siapa akan menanggung malu? Sediakan payung sebelum hujan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Dah sampai masa kot utk melakukan anjakan paradigma dan mengubah pemikiran 360 darjah supaya tally dengan peredaran zaman sekarang yang kian pesat membangun. Ada dua pilihan, sama ada nak membiarkan anak2 terus dengan cara hidup sekular dan jahiliah yang menghalalkan perhubungan sebegitu atau membenarkan anak2 melalui alam percintaan yang halal. Maaf atas kekhilafan sepanjang penulisan ini :)

Maas salamah. Jazakallahul khoir. 


2 comments:

  1. "Mak ayah aku mesti tak bagi punya" lah. Ni mesti baru habis type tengah malam. Hahaha

    ReplyDelete