Bila sesuatu datang menimpa, tiada apa yang dapat diungkapkan selain hanya sabar. Yakinlah bahawa Allah menimpakan sesuatu kerana dia sayangkan hambanya. Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang hambaNya memang tidak akan dapat lari daripada diuji Allah Azza Wa Jalla. Ujian yang datang hanyalah tidak lain untuk menjadikan diri kita ini lebih teguh dan kuat. Ujian menjadikan seseorang lebih lasak mengharungi liku-liku kehidupan.
"Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada kamilah kamu dikembalikan" [anbiya':35]
Namun seberat mana masalah yang menimpa, jangan mudah kita berputus asa. Rahmat Allah sentiasa ada dimana-mana. Allah menyakitkan untuk menyembuhkan, Allah menyempitkan untuk meluaskan. Begitu hebat perancangan Allah untuk hambaNya.
"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" [baqarah : 286]
Yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH, yang membuat MAJU adalah TEKAD yang kuat, USAHA yang berterusan dan IKHLAS. Yang membuat kita LEMAH ialah PUTUS ASA. Yang membuat kita SEMANGAT ialah HARAPAN dan IMPIAN. Yang membuat kita insan yang BAIK ialah MENGAKRABKAN diri dengan Allah dan memperbanyakkan SUJUD kepadaNya. In Shaa Allah... Jika yang diimpikan tidak dapat, maka yakinlah bahawa rancangan Allah lebih baik daripada rancangan kita, tapi tetaplah berjuang dan berdoa hingga kita bertemu bahaawa memang ternyata rancangan Allah itu memang terbaik untuk hambaNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"[baqarah : 216]
Apapun yang datang kepada kita, suka atau tidak, jangan sesekali kita lupa untuk sujud kepadaNya. Jangan sesekali kita lupa kepadaNya. Hati orang yang beriman itu akan sentiasa tenang dan tenteram dengan selalu mengingati Allah. Tidak kira apa jenis dugaan punn, segera insaf dan melihat kembali kesilapan yang lalu agar dapat segera diubah.
Jangan abaikan solat lima waktu kerana Islam amat menitikberatkan solat lima waktu. Selalu juga amalkan solat-solat sunat kerana dengan solat kita akan lebih dekat dengan Allah serta membersihkan hati dan jiwa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang". (Hadis riwayat Al-Nasa'ei).
-Yakinlah rezeki Allah ada dimana-mana-
No comments:
Post a Comment