Saturday, 9 November 2013

"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!"

Apabila hal2 dlm hidup kita bagaikan terlalu sibuk, kerja, kawan2, business, pembelajaran, org tua, dan 24 jam seolah-olah tidak mencukupi untuk kita, ingatlah tin biskut Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang Profesor dalam kelas sosiologinya telah keluarkan beberapa barang dihadapan kelas. Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, Profesor itu terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong dan terus isi tin kosong tersebut dengan bola golf sehingga penuh.

Kemudian Profesor menanyakan pada anak muridnya, " Adakah tin biskut ini sudah penuh?" Kesemua anak muridnya mengangguk dan mengatakan " Ya !"  

Profesor itu kemudian mengambil sekotak kacang dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut itu digoncang sedikit, lalu kacang kacang itu bergerak mengisi ruang di antara bola bola golf. Kemudian, Profesor bertanyakan lagi pada anak muridnya sama ada tin itu sudah penuh atau tak. Anak muridnya terus menjawab " Ya! "

Selepas itu tanpa ditunggu-tunggu, Profesor itu mengambil pulak sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut kedalam tin itu. Sudah semestinya pasir yang halus itu mengisi setiap pelosok dan ruang didalam tin biskut Hup Seng tersebut. Profesor bertanyakan lagi pada anak muridnya sama ada tin itu sudah penuh atau tak. Anak muridnya terus menjawab " Ya! " dengan penuh keyakinan.

Tiba tiba Profesor itu mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja dan menuang semua kopi tersebut di dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak anak muridnya hanya tersenyum dengan perbuatan Profesor mereka.
" Sekarang..." kata Profesor itu dan anak muridnya kembali fokus. 

" Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup kamu semua. Bola bola golf melambangkan perkara-perkara yang paling penting seperti Tuhan, agama, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan minat kamu semua. Ini adalah perkara yang jika kamu kehilangannya, tiadak akan ada benda lain lagi yang tinggal. Dan hidup kamu semua tetap terisi dengan perkara ini. Kacang-kacang pula merupakan hal hal seperti kerja, kereta, rumah dan sebagainya. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara perkara yang lain dalam hidup iaitu perkara-perkara kecil. "

" Kalau kamu semua masukkan pasir dahulu kedalam tin biskut, pasti tidak akan ada ruang untuk kacang kacang ataupun bola- bola golf untuk masuk kedalam tin. Sama seperti hidup kamu, kalau kamu luangkan semua masa dan tenaga kamu pada perkara-perkara kecil sahaja, kamu tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk kamu... "

" Jadi... Tumpukan perhatian kamu kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup kamu. Sembahyang lah berjemaah, kukuhkan ikatan silaturrahim, bermainlah dengan anak-anak, bawa pasangan tercinta kamu keluar berjalan-jalan, luangkan masa bersama awan-kawan dan sebagainya. Pastikan akan ada masa kamu untuk bersihkan rumah, lipat baju, repair kereta, repair lampu rumah, betulkan kerusi dan sebagainya. Jagalah bola bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup kamu. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain itu semua pasir sahaja..."

Tiba tiba seorang pelajar mengangkat tangannya dan bertanya, " Apa maksud kopi? "

Profesor menjawab dengan penuh senyuman,
" Bagus awak tanya. Ia cuma nak menyatakan, tidak kira betapa sibuk pun hidup kamu dalam seharian, pastikan kamu ada masa dan ruang untuk minum kopi bersama kawan kawan.."

*Sekadar perkongsian dan refleksi untuk diri sendiri juga. Salam Maal Hijrah 1435 :)*