"Tercipta satu lembaran sejarah,
di tanah suci kota mekah,
hari yg mulia penuh syahadah,
bermulalah sebuah kisah.
Malam isnin subuh yang indah,
12 rabiulawal yg cerah,
20 april tahun gajah,
lahirlah zuriat dan syahadah."
Takde apa yg nak dituliskan. Cuma nak mengajak kita sama2 memperingati sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. Maulidurrasul bkn semata2 memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w shj, tapi mudah2han menjadi titik tolak perubahan dlm diri utk mengamalkan sunnah baginda.
Contohilah keperibadian Rasulullah s.a.w yg tabah dlm perjuangan menegakkan syiar islam, menaikkan kegemilangan islam merentasi timur dan barat. Sifat tabah baginda, semangat juang yg tinggi, kekuatan mental dan rohani, ketajaman akal fikiran, serta ketokohan baginda sebagai manusia teragung tak dpt disangkal walau oleh org2 barat. Pengorbanan baginda utk umatnya sgt besar. Tapi itu semua sering dilupakan umat akhir zaman. Perbanyakkanlah selawat keatasnya, moga2 kita sama2 memperolehi syafaat di akhirat kelak.
''Berapa ramai dari kita menjadikan Rasulullah sebagai idola?"
"Benarkah aku cintakan Rasulullah?"
"Aku amalkan ke sunnah2 Rasulullah?"
'' Cam ke Rasulullah kat aku?"
"Apa yg aku dah buat yg menjadi sebab utk Rasulullah cam kat aku?"
"Apa perasaan Rasulullah bila melihat aku menggunakan 'Muhammad' sebagai nama tapi tidak bersifat seperti maksudnya?"
Mari kita berfikir dan merenung diri sejenak. Semoga kita sentiasa mempelajari sesuatu drpd Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berselawat kepada baginda. Salam maulidurrasul :)